Assalamualaikum..wah sekarang ni teruja tengok kawan
kawan semua bahagia bertunang, berkahwin n mengandung. Jadi di kesempatan nie
cik lat nak kongsi sedikit petua untuk bakal si mama..semoga anak yg keluar tu
anak yg baik, soleh n solehah. Amin
Pakaian
a. Longgar dan selesa dan tidak mencengkam di bahagian
pinggang.
b. Pakaian yang longgar di bahagian depan (potongan baju
mengandung).
c. Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa bilamana
kandungan membesar.
Memilih Pakaian Dalam
a. Pakai pakaian dalam yang bersaiz besar dan
bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas
yang nipis semasa mengandung.
b. Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh
dibuka di bahagian depan.
c. Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung.
Kasut Yang Sesuai
a.Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur
dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut
leper.
b. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda
dapat edaran udara.
c. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki
dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.
No comments:
Post a Comment
(◕‿◕) (◕‿-) (✖‿ ✖) (≧◡≦) (¬‿¬) (>.<)