Assalamualaikum.
Apa khabar adik kakak abang semuanya.. Sihat- Alhamdulillah, Tak Sihat - Alhamdulillah
:) malam nie malam jumaat - banyakkan amal ya...
esok hari jumaat ( doa kita yang baik insyaAllah dimakbulkan Allah)
"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu."
[Surah Al-Ghaafir: ayat 60]
So hri nie Cik lat nak kongsi satu petua untuk mengikat kasih sayang. Kepada adik kakak yang sudah kawen bolehlah amalkan.. Ini adalah doa bukan mantera yang merapu yang kita tak faham pun..
Sesuai juga untuk sesiapa yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini, serahkan semuanya pada Allah :
"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan." [Surah Al-Ahzab: ayat 21]Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira la ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.
Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.
:)
ReplyDelete