MAIN KAYU TIGA
Ini masalah paling besar. Walaupun sudah ada kekasih, ada segelintir lelaki sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Yang anehnya ada sesetengah lelaki akan melenting sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka.
CEMBURU BUTA
Kata orang cemburu tandanya sayang, tetapi kalau cemburu tidak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu wanita rasa tidak selesa. Walau bagaimana pun, ada juga sesetengah wanita suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
laki pun sama jugak kan?? tp sbb miss m pompuan so share sbg pompuan k..jan marah..:)
yang main kayu 3 tu mmg ptt dibenci habis habisan ;-)
ReplyDeletetapi kdg2 pompuan pun same jgk..cume tak ramai la..huhu
ReplyDeleteBersangka baik..
ReplyDeleteBukan semua lelaki jahat. Ada yg baik.