Soalan; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih.
1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari,
hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk
memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau
kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah
cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika
masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang
kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari
Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan;
“Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus
mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas
hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah
istihadhah.
3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak
berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj.
Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa
farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang
tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan
tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah
terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka
tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih
ada kesan/tanda darah.
4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih
ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak
dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita
melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula
selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah
haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia
hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula.
Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari
(dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari
(seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi
kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah
istihadhah.
Bagi soalan mengenai solat selepas haid pula boleh klik sini --> SOLAT SELEPAS HAID
moga bermanfaat untuk semua...insyaAllah..
No comments:
Post a Comment
(◕‿◕) (◕‿-) (✖‿ ✖) (≧◡≦) (¬‿¬) (>.<)