Kata-kata Cinta



 Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi.

 Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
 Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa- apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
  Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu. 
 Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
  Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
 Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
 Janganlah mudah berputus asa. Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput.
 Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum.
  Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai. Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.


Views
Cik "V" yang longgar??? menjadi KETAT MELEKAT (kemut@n auummm), Senggugut dan Keputihan busuk boleh bersih.Hilang keputihan, Kulit kusam lesu akan jadi cerah berseri uolss (kemerahan lagi tu ), Buah dada Jatuh pasti Montok anjal (pejall gitu~) Badan Chubby pun jadi Lansing + montokkk, Lesu tak bermaya tiada, hanya Cergas bertenaga sentiasa. SMS or Whatssap "TRANSFROM" ke 0193264300 untuk maklumat lanjut !!!

Dah Baca? Tekan Like jika Suka (^_^)Y


Dah Baca??komen guna facebook korang kay dan share (^_^)Y

No comments:

Post a Comment

‎(◕‿◕) (◕‿-) (✖‿ ✖) (≧◡≦) (¬‿¬) (>.<)

Post Paling Popular