Assalamualaikum...selamat hari jumaat...
Miss M ada baca buku ustaz azhar idrus = ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB
bersakut paut [ bahasa lama] dengan belog Miss M...Miss M letak gambar pegang gitar...Miss M nak cerita dan kongsi apa yang dah diterangkan oleh Ustaz..
"tiada nas yang menyebut gitar dengan jelas dalam hadis-hadis sahih. Berlaku khilaf dalam kalangan sarjana Islam berkenaan hukum bermain gitar ini"Ada yang mengharamkan sama sekali sama ada menyebabkan lalai ataupun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat sebahagian sarjana Islam pula mengharuskan bermain dengan syarat :
- Sekadar hiburan sendiri sahaja
- Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah, perempuan, atau seumpamanya.
- Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan
- Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain menjadi lalai
Sekiranya hanya berhibur, tetapi tidak pernah hadir ke masjid dan surau bagi solat dan belajar agama, maka jelas gitar adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam. Views
pandai main gitar le tew .. untung dye hehe
ReplyDelete