TIPS MELUPAKAN KEKASIH

1.Jangan Hubungi Dia
Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi.  Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Meluah Masalah Kepada Rakannya
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapatnya Sahaja
Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.
  
6. Maafkan Kesalahan dia

Dendam dan benci akan membuatkan anda makin susah untuk melupakannya. jadi, maafkan diri dia dan mulakan hidup baru.


Views
Dah Baca? Tekan Like jika Suka (^_^)Y


Dah Baca??komen guna facebook korang kay dan share (^_^)Y

1 membaca hati miss m:

‎(◕‿◕) (◕‿-) (✖‿ ✖) (≧◡≦) (¬‿¬) (>.<)

Post Paling Popular