SOLAT SELEPAS HAID

Assalamualaikum.

Apa khabar wanita, suami, adik, ayah dan abang diluar sana. Semoga sihat hendaknya.

Cik Lat nak bercerita berkenaan haid dan solat

SUMBER: Hukum-Hukum Haid

Diharamkan solat ke atas wanita yang sedang haid, sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Bahkan tidak sah jika dia tetap melaksanakannya.

Namun terdapat satu pengecualian, iaitu apabila dia sempat memperoleh satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada  di awal waktu atau akhir waktu, maka wajib ke atasnya untuk melaksanakan solat fardhu tersebut.

Contoh: Memperoleh satu rakaat di awal waktu.
Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu Maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu Maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh masa yang, paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Maghrib.

Maka wajib baginya mengqadha solat Maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana pada asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada solat Maghrib tersebut sebelum datang haid.

Contoh: Memperoleh satu rakaat di akhir waktu.
Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari wujud satu tempoh masa yang, paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Subuh.

Maka wajib baginya mengqadha solat Subuh tersebut apabila  dia selesai bersuci (mandi wajib). Ini kerana pada asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada solat Subuh tersebut apabila tamat haidnya.

Jika tempoh masa yang wujud di awal waktu bagi wanita yang didatangi haid atau di akhir waktu bagi wanita yang tamat haid adalah terlalu singkat sehingga tidak mungkin melaksanakan minima satu rakaat solat, maka tidak wajib untuk baginya melaksanakan solat tersebut.

Dalil bagi seluruh hukum ini ialah sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:
 “Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia telah mendapat solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 580 (Kitab waktu-waktu solat) dan Shahih Muslim – no: 607 (Kitab al-Masjid)]
Apabila seorang wanita tamat haidnya dan sudah bersuci lalu dia berjaya memperoleh satu tempoh masa dalam waktu Asar, adakah wajib baginya untuk melaksanakan kedua-dua solat Zohor dan Asarnya (jamak takhir)? Atau sesudah bersuci dia berjaya memperoleh satu tempoh masa dalam waktu Isyak, adakah wajib baginya untuk melaksanakan kedua-dua solat Maghrib dan Isyak (jamak takhir)?

Terdapat perselisihan pendapat dalam persoalan ini. Namun yang benar dia hanya wajib melaksanakan solat yang berada dalam waktu tersebut sahaja. Iaitu solat Asar dalam waktu Asar (tanpa menjamak solat Zohor), solat Isyak dalam waktu Isyak (tanpa menjamak solat Maghrib).

 Dalilnya adalah sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:
 “Apabila seseorang kamu memperoleh satu sujud daripada solat Asar sebelum terbenam matahari, maka hendaklah dia menyempurnakan solatnya.” [Shahih al-Bukhari – no: 556 (Kitab waktu-waktu solat)]
Dalam hadis di atas Rasulullah tidak berkata: “Maka sesungguhnya dia telah mendapat solat Zuhur dan Asar” atau: “Wajib solat Zuhur ke atasnya.”

Pendapat ini juga diperkuatkan oleh sebuah kaedah usul yang menyebut:

Pada asalnya tidak ada hukum yang ditanggung
(oleh manusia kecuali yang dipertanggungkan oleh syara’).

Pendapat ini merupakan mazhab Abu Hanifah dan Malik sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Majmu’ Syarh al-Muhazzab.

P/S : Kalau salah mohon perbetulkan. InsyaAllah bermanfaat untuk semua Views
Dah Baca? Tekan Like jika Suka (^_^)Y


Dah Baca??komen guna facebook korang kay dan share (^_^)Y

1 membaca hati miss m:

‎(◕‿◕) (◕‿-) (✖‿ ✖) (≧◡≦) (¬‿¬) (>.<)

Post Paling Popular